Sunday, November 25, 2012

Usah Benci Makan Sayur

KHASIAT sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Namun, masih ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.
Alasannya, pahit, pelik dan tidak enak lantas mereka lebih rela engasingkannya daripada hidangan sebelum hilang selera. Apapun, mereka harus menerima hakikat bahawa tubuh badan sememangnya memerlukan sayur untuk hidup sihat.

Jenis sayuran dan khasiatnya
Sayuran boleh dikelaskan ke dalam kumpulan atau keluarga biologi yang dibahagikan kepada enam iaitu menjalar, akar, cruciferous, berdaun hijau, batang dan bebawang.
Sayuran menjalar seperti timun, labu dan zucchini enak dinikmati apabila ia masih muda dan biasanya dimakan begitu saja atau dimasak. Ia mempunyai rasa manis dan pedas apabila dimakan.

Misalnya, zucchini ialah sumber serat yang baik bagi membantu mengurangkan sembelit dan memberi perlindungan daripada kanser kolon.

Zucchini mengandungi folat yang penting dalam pembahagian sel dan sintesis asid deoksiribonukleik (DNA). Selain itu, ia membantu mencegah kecacatan pada tiub saraf janin jika diambil sebelum mengandung.

Labu pula ialah sumber vitamin C dan A selain mengandungi flavanoid yang membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh serta mencegah terjadinya penyumbatan pembuluh darah.

Ia ber�fungsi sebagai antioksidan dan membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau bengkak pada tubuh badan. Biasanya, labu direbus dan ada juga yang gemar menjadikannya pencuci mulut.

Sayuran daripada keluarga akar seperti kentang, keladi dan keledek berbeza daripada kepekatan dan keseimbangan antara gula, kanji dan karbohidrat lain.

Jenis sayuran berkanji ini biasanya menjadi makanan ruji sebagai sumber karbohidrat di sesetengah negara seperti Afrika Barat atau kawasan tropika yang biasanya direbus dan dilenyek untuk membuat hidangan dinamakan fufu atau poi.

Kategori sayuran daripada keluarga cruciferous pula seperti kubis, brokoli serta kubis bunga berpotensi menghalang pembentukan hormon kelenjar tiroid di kalangan mereka yang kekurangan iodin menerusi kandungan goitrogen.

Jika dimasak lebih 30 minit tanpa henti, ia boleh mengurangkan jumlah sebatian goitrogen yang terkandung di dalam sumber berkenaan secara semula jadi.

Misalnya, sebanyak satu pertiga kandungan goitrogen akan dinyahaktifkan apabila brokoli direbus justeru, bagi memastikan sumber khasiatnya kekal di dalam sajian yang dimakan, ia perlu dimasak secara stim.

Sayuran hijau seperti kubis daun, bayam dan salad mengandungi zeaxantin. Bayam mengandungi vitamin C, zat besi, kalsium dan serat.

Kandungan asid folik dan serat yang tinggi baik untuk mengekalkan kesihatan. Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi dan kalium serta beta karotena.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan mereka yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan masalah ginjal.

Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membantu memperbaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Sayur berbatang seperti asparagus dan saderi mempunyai khasiat tersendiri.
Misalnya, asparagus ialah sumber sayuran yang rendah kalori dan natrium.

Ia juga sumber vitamin B6, kalsium, magnesium dan zink yang baik selain mengandungi serat, protein, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid folik, besi, fosforus dan kalium.

Selain itu, asparagus adalah sumber mineral yang baik untuk membantu meningkatkan keupayaan insulin yang membawa glukosa dari sel darah.

Biasanya, asparagus dijadikan pembuka selera atau ulam. Ia boleh dihidang melalui masakan Asia yang digoreng bersama makanan laut, dipang�gang atau dimakan mentah dan dicampur ke dalam hidangan salad.

Bebawang seperti bawang, bawang merah dan bawang putih juga mengandungi khasiat tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

Misalnya, bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat, asid folik, kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

Penyelidikan mengenai khasiat bawang merah kepada kesihatan mendapati, ia mengandungi dua sebatian utama iaitu sulfur seperti allyl propyl disulfide dan flavonoid. Flavonoid dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis.

Memakan bawang merah setiap hari juga boleh membantu pertumbuhan
tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis selain kandungan sulfur yang
boleh membantu kulit kelihatan muda.


Perbezaan warna sayuran

Satu cara mudah mengklasifikasikan sayuran berwarna adalah melalui warnanya.
Warna pada sayur-sayuran mempunyai manfaat tertentu untuk kesihatan kerana bahan kimia di dalamnya yang menghasilkan warna terbabit.

Sayuran putih mengandungi sulforaphane iaitu sebatian organosulfur yang boleh menjadi antikanser yang didapati secara semula jadi daripada sumber brokoli, kubis Brussel atau kubis.

Bagi kubis merah dan biru serta sayuran berwarna ungu seperti terung, ia mengandungi sumber antosianin yang membantu melindungi tubuh manusia daripada kanser, memperbaiki fungsi minda dan membantu menjaga jantung yang sihat.

Jangan takut untuk menikmati sayur-sayuran berwarna merah seperti tomato kerana ia mengandungi sumber lycopene yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kanser paru-paru, prostat dan perut.


Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/25

Tuesday, October 9, 2012

Islamofobia: Penyakit Ciptaan Barat



Islamofobia

Islamofobia























MUNGKIN benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia. Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, yang merentasi pelbagai agama, boleh dijadikan alasan untuk dunia menyerang semua orang dalam agama itu?
Di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, inilah yang berlaku terhadap orang Islam. Hanya kerana propaganda AS yang tidak henti-henti bercakap mengenai pengganas Al-Qaeda, yang jumlahnya mungkin tidak sampai 0.1 peratus pun daripada jumlah umat Islam, satu stereotaip dilemparkan kepada orang Islam.
Sehingga Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) membuat manual khas untuk mengenal pasti personaliti seorang Muslim. Lebih panjang janggut mereka, lebih ganas lah mereka. Jadi apa yang menghairankan apabila November lalu, FBI mengeluarkan statistik jenayah m kebencian terhadap orang Islam di AS sepanjang 2010 meningkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Laporan itu menunjukkan jenayah yang dibuat berdasarkan rasa prejudis terhadap orang Islam meningkat kepada 160 pada 2010 berbanding 107 pada tahun sebelumnya. Pertubuhan Human Rights First menyuarakan kebimbangan terhadap angka itu.
“Peningkatan ketara dapat dilihat mengenai keganasan anti-Muslim. Kami telah lama menuntut jenayah anti-Muslim, dan juga jenayah terhadap agama lain, dilihat sebagai pencabulan serius hak asasi manusia.
“Kerajaan AS perlu berbuat sesuatu untuk menandingi masalah ini,” kata wakil kumpulan itu, Paul Legendre.
Sentimen begitu kuat di AS terhadap orang Islam menjadikan agama itu satu ba- hagian penting dalam perbincangan sebelum pilihan raya negara itu, bulan depan.
Di seluruh negara, peningkatan Islamofobia menyebabkan orang Islam sukar membina masjid dan mengamalkan ajaran Islam, iaitu hak mereka yang tertakluk di dalam perlembagaan AS.
Dalam pertandingan calon presidenkali  ini, ada calon meletakkan Islam dalam konteks negatif dalam usaha mereka menaikkan populariti dalam kalangan rakyat yang mereka anggap tidak mesra Islam.
Sebagai contoh, bekas calon presiden, Herman Cain sebelum ini pernah berkata, jika dia dipilih sebagai Presiden AS, dia berjanji tidak akan melantik orang Islam dalam Kabinet.
Walaupun ia kedengaran mengejutkan,  tetapi apa yang dikatakan Cain menjadi penanda keadaan Islam di AS. Pada 2010, calon Kongres Republikan menggunakan isu cadangan pembinaan pusat komuniti Islam di New York yang ingin dibina berhampiran tapak bangunan Pusat Dagangan Dunia dan undang-undang Sharia untuk mendapatkan sokongan.
Bulan lalu, satu iklan berunsur anti- Islam, pro-Israel ditampal di 10 lokasi stesen keretapi bawah tanah di New York.
Ia menyebut: “Dalam mana-mana peperangan di antara lelaki bertamadun dan haiwan buas, sokonglah lelaki bertamadun.
Sokong Israel. Tewaskan Jihad”.

Pengurusan stesen kereta api itu cuba menghalang iklan itu daripada ditampal, tetapi kumpulan yang membiayai iklan menghina Islam, terutama orang Palestin itu, memenangi
arahan mahkamah supaya iklan itu terus ditayangkan.
Seorang aktivis berketurunan Mesir- Amerika ditahan polis dua hari selepas iklan itu ditayangkan, kerana dia menconteng iklan biadap itu.
Sementara itu, sentimen Islamofobia yang kuat juga dilihat di Eropah, terutama selepas peristiwa serangan 9/11, menunjukkan betapa AS berjaya dalam perang psikologi menjenamakan orang Islam sebagai pengganas.
Satu tinjauan dilakukan oleh Yayasan Friedrich Ebert di Britain baru-baru ini mendapati sebanyak 45 peratus rakyat negara itu percaya terdapat terlalu ramai orang Islam di sana.
Racun Islamofobia ini juga telah menjangkiti politik Eropah.
Menurut tinjauan Pew Research Center, hampir 6 daripada 10 orang Eropah percaya orang Islam adalah pelampau dan separuh daripada mereka percaya orang Islam adalah ganas.
Di Belanda, sebuah parti politik anti- Islam diketuai Geert Wilders adalah yang ketiga terbesar di Parlimen, menunjukkan parti itu mendapat sokongan kuat rakyat Belanda.
Lihat pula di Switzerland, negara dikenali tenang dan indah. Rupanya hatimereka tidaklah seindah muka bumi ciptaan ALLAH SWT kepada mereka.
Parti Rakyat Swiss, iaitu yang terbesar di negara itu, memenangi pungutan suara mengharamkan pembinaan menara masjid yang digelar setiausaha agung parti itu sebagai ‘simbol kuasa Islam’.
Ketika pungutan suara itu dijalankan, sebuah masjid di Geneva berulang kali dirosakkan pelampau.
Perancis adalah negara dengan jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah.
Tetapi tindakan kerajaan yang berterusan menyasarkan orang Islam menyebabkan tinjauan dilakukan akhbar utama, Le Monde menunjukkan 42 peratus rakyat negara itu percaya kehadiran orang Islam menjadi ancaman kepada mereka.
Parti politik National Front yang membawa sentimen anti-Islam mendapat undian paling tinggi dalam sejarahnya semasa pilihanraya umum Perancis, April lalu. Di Denmark, parti politik ketiga terbesar negara itu iaitu Parti Rakyat,berjuang menentang ‘pengIslaman’ dan menuntut migrasi semua orang bukan Barat ditamatkan.
Parti anti-Islam Vlaams Belang pula semakin mendapat tempat di Belgium, negara yang mempunyai perdana menteri homoseksual pertama.
Ini membuktikan Islamofobia telah menjadi penyakit di Eropah.
Adakah orang Barat akan menerima cadangan OIC supaya Islamofobia dijadikan jenayah, sama sebagaimana negara lain menghalang ucapan anti-Yahudi? Mungkin tidak.


FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
8 Oktober 2012

Dinasti Mamluk



kemajuan Dinasti Mamluk terlihat pada bangunannya yang indah pada masa pemerintahannya dan segelintirnya masih kekal hingga kini.

KETIKA dunia Islam mengalami perpecahan politik pada awal abad ke-13, muncul sebuah dinasti di Mesir yang membawa warna baru dalam sejarah politik Islam.
Dinasti itu bernama Mamluk, sering juga disebut Mamalik. Sebenarnya, ada dua pemerintahan Islam yang didirikan oleh kaum Mamluk iaitu, Dinasti Mamluk di India (1206-1290) yang dibentuk oleh Qutbuddin Aybak dan Dinasti Mamluk di Mesir (1250-1517).
Namun, Dinasti Mamluk di Mesir lebih terkenal. Pemerintahan Dinasti Mamluk di Mesir bersifat oligarki ketenteraan dan membawa banyak kemajuan.
Dinasti Mamluk mencapai puncak kejayaannya terutama pada masa Sultan Baybars. Ekonomi dan perdagangan sangat maju. Kaherah menjadi jalur perdagangan penting bagi Asia Barat dan Laut Tengah.
Kemajuan ilmu pengetahuan terlihat dengan semakin berkembangnya berbagai-bagai cabang ilmu seperti sejarah, kedoktoran, astronomi, matematik dan ilmu agama. Saat itu muncul nama-nama ilmuwan besar seperti Ibnu Khaldun (sejarah), Nasiruddin at-Tusi (astronomi) dan Ibnu Taimiyah (agama).
Di bidang pembangunan dan seni bina, kemajuan Dinasti Mamluk terlihat pada bangunan-bangunannya yang indah dan megah.

Mamluk Bahri
Mamluk Bahri adalah golongan hamba yang datang Caucasus, di sempadan antara Rusia dengan Turki oleh Malik as-Saleh, penguasa Dinasti Ayubiyah. Mereka dijadikan pengawal untuk menjamin kelangsungan kekuasaan Malik dengan mendapat hak-hak istimewa.
Malik as-Saleh meninggal dunia pada 1249 Masihi lalu digantikan oleh puteranya, Turansyah.
Bagaimanapun, kaum Mamluk Bahri tidak menyukai Turansyah dan mereka kemudian merebut kekuasaan dengan membunuh sultan tersebut. Sejak itu mereka berkuasa dan mendirikan Dinasti Mamluk.

Mamluk Burji
Mamluk Burji pula berasal dari Syirkasiah (Turki), dibawa masuk ke Mesir oleh pemerintah Mamluk ketika itu, Sultan Qalawun (1279-1290). Bagaimanapun, sejak tampuk pemerintahan beralih kepada Mamluk Burji pada 1382 Masihi, Dinasti Mamluk mulai lemah kerana para sultan Mamluk Burji tidak memiliki pengetahuan tentang cara mentadbir pemerintahan kecuali latihan ketenteraan.
Kesultanan ini hancur apabila Sultan Salim I dari kerajaan Uthmaniah di Turki merampas kembali Mesir daripada tangan mereka pada 1517 Masihi.
Dinasti Mamluk mencapai puncak kejayaannya pada pemerintahan Sultan Baybars.

Dinasti Mamluk
di India
Selain Dinasti Mamluk di Mesir, terdapat juga Dinasti Mamluk yang berkuasa di India. Dinasti Mamluk di India ini didirikan oleh Qutbuddin Aybak. Pada awalnya, Qutbuddin adalah salah seorang jeneral daripada Dinasti Guri yang berjaya memperluas wilayah ke India pada tahun-tahun terakhir abad ke-12.
Ketika Dinasti Guri yang berpusat di Khurasan (Afghanistan) menjadi lemah, Qutbuddin mengukuhkan penguasaan sebagai Sultan Delhi dan mengasaskan Dinasti Mamluk India. Bagaimanapun, dinasti ini hanya bertahan sementara sahaja dan kemudian digantikan dengan dinasti-dinasti lain.

Oligarki ketenteraan
Pemerintahan Dinasti Mamluk bersifat oligarki ketenteraan dan tidak menerapkan sistem turun-temurun. Tokoh ketenteraan yang terkenal dan berprestasi dipilih menjadi sultan. Namun hal tersebut berubah sejak pemerintahan Qalawun. Baginda mula mewariskan kekuasaannya kepada keturunannya hingga kepada empat generasi sehingga kemudiannya terjadi perebutan kekuasaan di antara keturunannya itu.
Daripada 47 orang sultan Mamluk, sultan yang termasyhur adalah Sultan Baybars (1260-1277), sultan keempat. Baginda merupakan seorang pemimpin tentera yang gagah dan perkasa, bahkan dianggap sebagai pembangun hakiki Dinasti Mamluk.
Baybars mampu membangunkan pemerintahannya dengan baik. Baginda menghidupkan kembali Mazhab Sunni. Baybars juga menjalin hubungan yang baik dengan Kesultanan Delhi, Konstantinople, Sicily, dan Kesultanan Moghul.
Seni bina pada masa Dinasti Mamluk berkembang dengan cemerlang. Para sultan seolah-olah berlumba-lumba untuk mendirikan bangunan bernilai seni yang tinggi seperti masjid, madrasah, dan muzium.
Dinasti Mamluk juga pernah terlibat dalam menambah Masjid Nabawi di Madinah serta mendirikan pagar di makam Nabi Muhammad SAW. Selain mendirikan masjid sebagai tempat ibadah dan pusat keilmuan, Sultan Qalawun merupakan pemerintah Mamluk yang mementingkan hal ehwal kesihatan rakyat. Hal ini dapat ditelusuri dengan pembinaan beberapa buah hospital pada zaman pemerintahannya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121009/ba_02/Dinasti-Mamluk#ixzz28ooWzorj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyeri Kota Mekah



MANUSKRIP tulisan tangan Syeikh Hasan al Masysyat pada 1393 Hijrah iaitu lebih kurang enam tahun sebelum kewafatannya.
MASJID al Haram pada dekad-dekad yang silam tidak pernah sunyi daripada ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan jaguh ilmuan daripada mazhab yang empat. Mereka menyampaikan ilmu dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan demi berkhidmat kepada syariat Nabi Muhammad SAW. Ilmu dan keberkatan yang dititipkan akhirnya dibawa pulang oleh para guru dari Tanah Melayu untuk disebarkan kepada masyarakat Islam di rantau ini.
Di antara mereka yang menjadi nadi memakmurkan Masjid al Haram dengan ilmu, hikmah dan amal, tulus, ikhlas lagi suci hatinya ialah al 'Alim al 'Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al Masysyat al Maliki al Manafi al Qurasyi.
Dilahirkan pada 3 Syawal 1317 Hijrah bersamaan 4 Februari 1900 Masihi di Mekah al Mukarramah dengan salasilah nenek moyang sampai kepada Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab, iaitu datuk ketiga bagi Rasulullah.
Semenjak kecil, beliau telah dihantar oleh bapanya Syeikh Muhammad al Masysyat menghafaz al Quran di pusat penghafazan al-Quran kemudian menyambung pembelajarannya di Madrasah Saulatiyyah yang masyhur di Mekah pada zaman itu. Di sana, beliau telah menghabiskan waktu dengan menghafaz segala matan-matan ilmu Islam baik yang berbentuk nazam mahupun prosa.
Setelah menamatkan pengajian awal di Madrasah Saulatiyyah, beliau dilantik sebagai tenaga pengajar di situ dan berkhidmat dalam tempoh yang agak lama.
Pada masa yang sama juga beliau memenuhkan waktunya menuntut ilmu di halaqah-halaqah ilmu di Masjid al Haram daripada para ulama yang masyhur, seperti Syeikh Muhammad Ali al Maliki, Syeikh Umar Hamdan al Mahrisi, Sayyid Umar Bajunaid, Syeikh Muhammad Habibullah al Syanqiti dan ramai lagi.
Disebabkan kebijaksanaan dan penguasaan yang cepat terhadap ilmu-ilmu Islam, beliau telah ditauliahkan sebagai salah seorang tenaga pengajar di Masjid al Haram dan mengajar di sana sepanjang hayatnya tanpa mengambil sebarang gaji atau upah.
Kemahiran beliau dalam ilmu Islam dan kedudukannya yang tinggi juga menyebabkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura, Ketua Mahkamah Syariah kemudiannya sebagai Kadi di Mekah.
Keilmuan Syeikh Hasan juga mendapat pengiktirafan luar apabila beliau turut ditauliahkan sebagai tenaga pengajar di Masjid Nabawi, Masjid Sayyiduna Husain di Mesir dan Masjid Umawi di Syria dalam siri ziarahnya ke sana. Beliau mengajar pelbagai bidang ilmu Islam terutama dalam bidang fiqh dan usul, hadis dan ulum hadis, tafsir, sirah dan tasawuf, terutamanya kitab Ihya' 'Ulumiddin dan Hikam Syeikh Ata'illah al Sakandari.

SYEIKH HASAN MUHAMMAD AL MASYSYAT
Bermusafir
Bermusafir atas tujuan ilmu adalah menjadi satu kemestian bagi seorang ulama. Syeikh Hasan al Masysyat juga tidak terkecuali daripada itu apabila melakukan kunjungan ke beberapa negara Islam seperti Sudan, Mesir dan Syria.
Di Mesir beliau telah bertemu dengan jaguh-jaguh ulama di sana seperti Syeikh Muhammad Zahid al Kauthari, Syeikh Salamah al Qudha'i dan ramai lagi. Dalam musafirnya ke Sudan, beliau telah bertemu dengan Syeikh al Fatih Qaribullah dan Sayyid Ali al Mirghani di mana dalam pemusafiran ini, matlamatnya tidak lari daripada urusan dakwah, perbincangan ilmiah, penyampaian ilmu dan permohonan ijazah.
Sepanjang bergelar ahli ilmu, beliau telah memperoleh faedah ilmu dan ijazah daripada ramai ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah terkemuka, sama ada yang berada di Mekah dan Madinah mahupun selainnya.
Antara mereka yang telah membina personaliti ilmu dan mengijazahkannya ialah Syeikh Muhammad Ali al Sannari, Syeikh Abdullah Hamaduh, Syeikh Abdurrahman Ahmad al Dahhan, Syeikh Jamal Amir al Maliki, Sayyid Umar ibn Abu Bakr Bajunaid, Syeikh Muhammad al Syanqiti, Syeikh Khalifah al Nabhani, Syeikh Isa Rawwas, Syeikh Muhammad Ali al Maliki yang digelar Sibawaih pada zamannya lantaran kehebatannya dalam ilmu Nahu, Muhaddith al Haramain Syeikh Umar Hamdan al Mahrisi, Sayyid 'Aidarus ibn Salim al Bar, Sayyid 'Alawi ibn Tahir al Haddad bekas Mufti Kerajaan Johor, Sayyid Abdul Hayy al Kattani, Syeikh Najib al Muti'i dan ramai lagi. Senarai gurunya itu boleh dirujuk di dalam kitab al Thabat al Kabir fi Masyyakhah wa Asanid wa Ijazaat al Syeikh Hasan al Masysyat al Makki.
Ketika menjadi tenaga pengajar di Mekah, beliau dan beberapa ulama di sana telah mengasaskan Jam'iyyah al Khairiyyah Li Tahfiz al Quran al Karim iaitu sebuah badan kebajikan yang menyelenggara dan menguruskan halaqah-halaqah penghafazan al-Quran di sana yang dipengerusikan oleh al Imam al Allamah Sayyid Alawi ibn Abbas al Maliki. Selepas kewafatan Sayyid Alawi pada tahun 1391 Hijrah, beliau telah dilantik pula memikul amanah menyelia dan mempengerusikan badan tersebut sehingga ke akhir hayatnya.
Setelah mencurahkan ilmu dan bakti kepada umat manusia, Syeikh Hasan al Masysyat dipanggil bertemu Allah pada 7 Syawal 1399 Hijrah bersamaan 31 Ogos 1979 dan disemadikan di Mekah al Mukarramah. Ingatan terhadapnya kekal berbaki dan jasa baktinya kekal dalam ingatan dan doa insan-insan yang mencintainya selagi mana manusia berpegang dengan al Quran dan Sunnah dalam menempuh jalan yang lurus. Semoga Allah merahmatinya dan menjadikan tempat persemadiannya sebagai salah satu dari taman-taman syurga-Nya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121009/ba_01/Penyeri-kota-Mekah#ixzz28okz1W9j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, October 5, 2012

Khutbah Jumaat: Rakyat Perlu Bersyukur Kemakmuran Ekonomi


Perbelanjaan secara berhemah pastikan negara terus membangun
Membina sebuah negara berada dalam kemakmuran, keampunan dan perlindungan Allah SWT, memerlukan seorang pemimpin yang dapat mengurus khazanah harta negara sebaik mungkin. Berdasarkan syariat Islam, harta adalah hak mutlak Allah SWT dan anugerah daripada-Nya. Manusia perlu mensyukuri anugerah ini kerana tidak semua manusia mendapat kepercayaan daripada Allah SWT untuk memikul amanah dan tanggungjawab menjaga harta. Falsafah kenegaraan Islam mengutamakan prinsip maqasid al-syariah supaya setiap rakyat mendapat hak yang sama rata. 
"Langkah mengurus harta secara berhemah dan berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kepada pemerintah"
Firman Allah SWT: “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari harta penduduk negeri dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan Rasulullah dan bagi kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin serta orang musafir. Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang kaya dari kalangan kamu.” (Surah al-Hasyr, ayat 7) Ayat ini menjelaskan bagaimana pengiktirafan Allah SWT terhadap dasar yang dilakukan Rasulullah SAW dalam peristiwa perang al-Fai’ bagi menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum Ansar dan Muhajirin. Malah banyak lagi peristiwa lain yang menunjukkan Rasulullah SAW memberi ruang dan peluang kepada pelbagai kelompok rakyat supaya mendapat hak sama rata.

Tanggungjawab pemerintah 
Bagi memastikan harta diagih secara adil dan saksama maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk mengurus serta memastikan setiap harta itu dapat memberi manfaat kepada rakyat demi keselesaan serta kesejahteraan. 

Allah SWT berfirman: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah sebahagian dari harta benda yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu); mereka tetap beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Hadid, ayat 7) 

Kesungguhan dan komitmen pemerintah untuk rakyat serta negara supaya sentiasa maju terpelihara hendaklah dijadikan matlamat utama kerana negara yang makmur dirahmati itu nescaya Allah SWT akan sentiasa mengampuninya. Menurut pandangan beberapa ulama, negara dikatakan baik ialah negara yang sentiasa berada dalam keampunan, lindungan dan pertolongan Allah SWT daripada sebarang bentuk ancaman dalaman mahupun luaran. 

Kedua, sentiasa dilimpahi kurnia rezeki oleh Allah SWT di mana kurniaan itu dapat dinikmati oleh rakyat secara adil dan saksama. 

Ketiga, negara sentiasa berasa dalam keadaan aman, damai dan suasana penuh harmoni, hasil kerjasama antara pemerintah dengan rakyat kerana masing-masing memikul tanggungjawab menjaga, membangun serta memakmurkan negara selari dengan ajaran Islam.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya bagi penduduk Saba, ada tanda-tanda yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun, yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun!” (Surah Saba’, ayat 15) 

Bajet 2013 yang telah dibentangkan bertemakan Memakmurkan Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, berjumlah RM251.6 bilion, bukti kerajaan telah mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar inti patinya adalah cadangan dan pandangan rakyat. 

Hayati semangat muafakat

Kerajaan menyusun dan mengurus harta rakyat berdasarkan semangat Islam yang berpandukan prinsip al-adl wal ihsan iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan.

Amalan berasaskan prinsip ini akan sentiasa mengingati balasan daripada Allah SWT di atas setiap kesalahan seperti memonopoli kekayaan, menindas, mengambil hak rakyat, mementingkan diri sendiri dan segala bentuk penyelewengan atau perkara menzalimi serta merugikan pihak tertentu. 

Menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengurus harta secara bijak dan berhemah. Langkah mengurus harta secara berhemah dan berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kepada pemerintah.

Sifat boros dan membazir adalah ciri-ciri kekufuran hamba kepada Allah SWT. Kita perlu mengawal keinginan nafsu supaya tidak boros. Tindakan mengawal nafsu ini boleh dikategorikan sebagai jihad paling utama kerana kemewahan boleh menjadikan seseorang itu lalai dan menjadi kufur nikmat.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Tuesday, October 2, 2012

French Rapper Stuns Fans By Wearing Hijab On TV


Al-Arabiya,02 October 2012
PARIS, Oct 2: Amid a nationwide debate in France surrounding attitudes towards the Islamic veil, or hijab, a French rapper has surprised fans by announcing her conversion to Islam and choosing to wear a headscarf.
BEFORE AND AFTER ... Diam with her new image (right)

Mélanie Georgiades, known as Diam’s, has gone through what onlookers have described as a “complete transformation” from an image she had prior to 2009.

Since 2009, Diam’s had been unusually absent from the mainstream rap scene, prompting more than three years of controversy over her whereabouts, despite making the odd public appearance with her scarf.
But recently the French rapper made her first television appearance with her new image.

Diam’s appeared in an exclusive TV interview with French TV station TF1, to talk about a past experience with drugs, including hallucinating narcotics, and being in a mental asylum until she discovered the “serenity of Islam.” The rapper said the religion was introduced to her by coincidence, when she saw a Muslim friend praying.

Diam’s, said she has been married for over a year and is a now a new mother, moving far away from her drug-relate past.

In her TV interview she said her “conversion to Islam was the result of a personal conviction, after understanding the religion and reading the Holy Quran.”

When asked about wearing the hijab in France, a country which has banned the niqab, she said: “I believe that I live in a tolerant society, and I don’t feel hurt by criticism, but by insults and stereotyping and ready-made judgments.”

Asked by her host about why she is wearing a hijab while many Muslim women don’t wear it, and don’t find it to be a religious obligation, she answered: “I see it as a divine order or a divine advice, this brings joy to my heart and for me this is enough.”
Stardom?

Diam’s said that by converting to Islam she gained comfort, adding that stardom doesn’t fit in with her life anymore, adding “this has warmed my heart, as I know now the purpose of my existence, and why am I here on Earth.”

Diam’s criticized the media which photographed her coming out of one of the mosques in France, wearing her Hijab and looking at her mobile, preceded by a man in a training suit, which many believed to be her husband.

Discussing how her life was like before her conversion to Islam, Diam’s said: “I was very famous and I had what every famous person looks for, but I was always crying bitterly alone at home, and this is what none of my fans had felt.”

She added: “I was heavily addicted to drugs, including hallucinating narcotics and was admitted in mental asylum to recover, but this was in vain until I heard one of my Muslim friends saying ‘I am going to pray for a while and will come back,’ so I told her that I want to pray as well.”

Recalling that moment, Diam’s said: “it was the first time that I touched the floor with head, and I had a strong feeling that I have never experienced before, and I believe now that kneeling in prayer, shouldn’t be done to anyone but Allah.”
Islam, a religion of tolerance

Diam’s said that she moved to Mauritius to read the Quran, and have a better understanding of Islam, discovering during her retreat, the tolerance of Islam.

When asked by her host about her views on Islam, and those who commit all the murders and atrocities pretending to be doing it in the name of religion, she answered: “I think we should differentiate between the ignorant and the knowledgeable, and the ignorant should not speak about what he doesn’t know, Islam does not allow murdering innocent victims the way we see it nowadays.”

Arab Saudi Tambah Empangan Elak Banjir

JEDDAH - Kerajaan Arab Saudi bercadang membina lebih banyak empangan di kawasan utara Jeddah, bagi melengkapkan lima empangan sedia ada dan beberapa lagi yang dalam pembinaan mengelak berlakunya banjir dalam musim hujan dan haji nanti. Pengerusi Kajian Geologi Saudi, Dr Zuhair Nawabm berkata, selepas banjir melanda pada 2009 sehingga lebih 500 orang terkorban, kumpulan itu mencadangkan untuk membina empangan di kawasan timur yang melibatkan lima  lokasi.

"Kami sedang mengkaji untuk membina lebih banyak empangan di kawasan utara bandar," kata Nawabm, semalam.Kumpulan pakar itu menekankan bahawa kajian turut melibatkan kumpulan pencinta alam sekitar bagi memastikan pembinaan empangan itu tidak merosakkan habitat semula jadi dalam kawasan dicadangkan. 
2 Oktober 2012
- Bernama

Berusaha Cari Rezeki Halal


2012/10/02
Malah, sebagai ketua keluarga, kalangan kaki judi dan nombor ekor telah gagal menunaikan tanggungjawab memelihara diri serta keluarga daripada terjerumus ke dalam api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada batu dan manusia ingkar. Justeru itu, setiap Muslim diseru berusaha menyara diri dan keluarga dengan melakukan aktiviti berfaedah dan diharuskan oleh syariat walaupun kemungkinan gajinya sedikit serta memenatkan. 



Nabi Muhammad SAW bersabda: Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri. Begitu pula susah payah seseorang mencari kayu api kemudian dipikul dan dijual di pasar adalah lebih mulia daripada perbuatan meminta-minta yang belum tentu diberikan apa-apa. 



Bekerja dengan cara diredai 



Jelasnya Islam sangat menggalakkan umatnya bekerja bersungguh-sungguh dengan cara diredai demi meningkatkan potensi diri, keluarga dan masyarakat Islam umumnya. 



Menurut perspektif yang lain, kesungguhan Muslim melaksanakan kerja ibadat dengan ikhlas sambil mengharap magfirat dan kurnia daripada-Nya mampu memberi pulangan rezeki melimpah ruah lagi diberkati. Solat sunat Duha sebagai contohnya jika dilakukan dengan konsisten sambil berharap sepenuhnya kepada kurnia Allah SWT mampu menjadikan individu Muslim kaya dengan rezeki dan kaya dengan rahmat- Nya. 



Hal ini dizahirkan lagi dengan munajat hamba yang berharap agar jika rezekinya di langit diturunkan, jika di bumi dikeluarkan, jika di dasar laut ditimbulkan, jika jauh didekatkan dan jika sedikit diperbanyakkan. 



Tunai zakat, bersedekah 



Selain itu, dengan menunaikan zakat yang difardukan, sentiasa bersedekah dan membantu golongan daif yang memerlukan akan menambahkan lagi keberkatan rezeki diperoleh. Baginda Nabi SAW pernah menyatakan tidak akan menyesal individu yang beristikharah dan dan tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah. Lebih daripada itu segala infak fi sabilillah pasti akan dibalas oleh-Nya dengan ganjaran yang setimpal di dunia dan akhirat. 



Allah SWT berfirman: Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah al-Tawbah, ayat 121) 



Begitu pula pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit oleh jutaan tetamu Allah SWT termasuk sejumlah 28,000 jemaah haji Malaysia yang sedang dalam perjalanan menyahut seruan dan panggilan haji, pasti tidak akan dipersiakan berikutan pelbagai ganjaran berlipat kali ganda bakal dinikmati. 



Semua nikmat itu sama ada yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi adalah kurniaan yang tiada tolok bandingnya. Ini kerana kelebihan dua tanah haram yang menjanjikan perkenan akan segala doa dan balasan berganda yang tidak dinikmati di kawasan lain. 



Ambil kesempatan berharga di Tanah Suci 



Malah ketika tawaf, seseorang disunatkan membaca doa yang bermaksud: Ya Allah jadikanlah diriku berpuas hati dengan pemberian-Mu, berkatilah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang daripadaku dengan apa yang baik-baik. 



Justeru, setiap tetamu Allah perlu mengambil kesempatan berharga di Tanah Suci untuk mempertingkat usaha melakukan pelbagai aktiviti ibadah disamping tidak lupa bermunajat dan bermohon kepada-Nya supaya dimakbulkan hajat termasuklah dibukakan segala pintu rezeki. Muslimin perlu memahami harta dan kemewahan dunia boleh jadi satu indikator untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan seseorang hamba. Untuk itu juga golongan berada selalunya diuji dengan sifat bakhil dan kedekut yang menyebabkan mereka jauh daripada rahmat serta petunjuk Ilahi. 



Pada masa sama, kekurangan dan kemiskinan juga satu daripada bentuk ujian Allah SWT untuk menilai keikhlasan hamba mengabdikan diri kepada-Nya. Allah SWT berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut. (Surah al-Isra, ayat 100) 



Sesungguhnya yang pipih tak akan terbang melayang dan yang bulat tak akan datang bergolek. Setiap Muslim diseru berusaha mencari rezeki yang halal lagi diberkati. Berharap keuntungan sementara dengan berjudi dan tikam nombor pasti menyebabkan individu Muslim terhindar daripada petunjuk Ilahi dan bakal mengundang kemurkaan-Nya.

Nabi Maksum Sejak Kecil



RUANGAN kali ini mengajak pembaca fokus kepada beberapa perbahasan penting mengenai Rasulullah yang akan menenangkan hati dan mengikat keyakinan bahawa baginda adalah maksum semenjak kecil dan berpegang dengan ajaran Islam. Sekiranya ada yang berpendapat agama yang dipegangnya adalah agama Nabi Ibrahim, maknanya itu adalah agama Islam kerana semua nabi dan rasul diutuskan untuk menyampaikan ajaran Islam. Kebingungan dan kecelaruan fikiran umat Islam mengenai Rasulullah sebelum dilantik menjadi Rasul terbit daripada salah faham terhadap firman Allah: Apabila Dia mendapati engkau sesat, lalu Dia mengurniakan engkau hidayah petunjuk. (al-Dhuha: 7)

   Melafazkan ungkapan Rasulullah tidak beragama sebelum usia 40 tahun adalah satu penyimpangan yang nyata. Jika berkata demikian, seolah-olah kita membuka ruang kepada masyarakat umum menilai baginda dengan akal cetek dan andaian semata-mata. Barangkali ungkapan ‘tidak beragama’ itu ada yang tersasar memaksudkannya sebagai atheis atau tidak menganut agama yang benar iaitu seorang musyrik.
Apabila kita menyatakan bahawa baginda tidak beragama sebelum dilantik menjadi nabi, itu akan membawa maksud baginda terdedah melakukan apa sahaja perbuatan maksiat yang mencacatkan maruah dan meruntuhkan moral kerana tiada pegangan yang menjadi benteng daripada melakukan perkara yang keji dan garis panduan bagi membezakan antara dosa dan pahala.

   Mengulas mengenai salah faham terhadap ayat ini, Prof Dr. Sayyid Muhammad Alawi al Maliki menyatakan di dalam bukunya al Zakhair al Muhammadiyyah: “Ayat ini sering dieksploitasi oleh sebahagian ahli fitnah yang buta basirah dan tertutup pintu hati sehingga mereka tidak dapat melihat hakikat kedudukan Nabi dan Rasul yang sebenar. “Mereka hanya melihat Nabi Muhammad SAW sebagai manusia biasa semata-mata yang berjalan di muka bumi, berjalan-jalan di pasar, memikul dosa, melakukan dosa dan kesalahan, pernah hidup dalam kesesatan lalu Allah memberi hidayah kepadanya, pernah hidup dalam kemiskinan lalu Allah memberikannya kekayaan dan dilahirkan dalam keadaan yatim lalu Allah memberi perlindungan kepadanya. Sehinggalah ke akhir perbicaraan yang hanya membangkitkan kekeliruan orang awam kerana ia berdasarkan kepada maksud zahir nas-nas yang terdapat di dalam al Quran dan Sunnah."
Al ‘Allamah al Qadhi ‘Iyadh pula menyatakan dalam kitabnya al Syifa bi Ta’rif Huquq al Mustafa: “Apa yang pasti, para nabi adalah maksum (terpelihara) sebelum dilantik menjadi nabi dan terhindar dari kejahilan tentang Allah dan sifat-sifat-Nya, dan terpelihara daripada merasa ragu walau sedikitpun mengenai perkara ini.

“Terdapat banyak khabar dan athar yang saling mendukung di antara satu sama lain yang mensucikan para nabi daripada kekurangan ini semenjak mereka dilahirkan dan mereka membesar di atas tauhid dan iman."

Beliau menambah lagi: “Tidak pernah seorang pun ahli hadis menaqalkan terdapat seorang daripada mereka yang dipilih menjadi nabi daripada kalangan orang yang dikenali dengan kekufuran dan kesyirikannya sebelum itu."

Oleh itu kita tidak pernah mendengar para nabi dan rasul terdahulu menganut agama yang sesat yang dianuti oleh kaum mereka. Kemuliaan ini adalah terlebih utama dianugerahkan ke atas Rasulullah dan tiada satu sebab atau dalil yang menghalang baginda daripada mengecapi nikmat dan keistimewaan itu kerana baginda adalah penghulu segala nabi dan rasul. Jangan sekali-kali kita berpaling kepada pendapat bahawa Rasulullah SAW berada di atas agama kaumnya sebelum Nubuwwah, lalu Allah menghidayahkan Islam kepada baginda kerana Nabi Muhammad SAW dan para nabi yang lain sejak dilahirkan membesar atas ketauhidan dan keimanan.

Sesungguhnya mereka maksum sebelum Nubuwwah daripada jahil tentang sifat-sifat Allah dan mentauhidkan-Nya. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa Rasulullah bermusafir bersama bapa saudaranya ke Syam, di mana Buhaira melihat tanda kenabiannya. Sedangkan ketika itu baginda masih kecil. Buhaira mengujinya agar bersumpah dengan berhala al Laata dan al Uzza, lalu baginda menjawab: “Janganlah kamu meminta saya bersumpah dengan kedua-duanya. Demi Allah! Saya tidak pernah membenci sesuatu seperti kebencian saya terhadap kedua-duanya."

Pendapat ini dikuatkan lagi dengan peristiwa Jibril mengeluarkan seketul daging dari hati baginda dengan katanya: “Ini adalah bahagian syaitan dari dalam dirimu." Kemudian dada baginda diisi dengan hikmah dan iman. Demikianlah seperti yang dinaqalkan daripada al Imam Fakhr al Din al Razi di dalam tafsirnya Mafatih al Ghaib.

Nabi maksum sejak kecil

Berita Harian

ARKIB : 02/10/2012

Wednesday, September 26, 2012

Akhbar Mesir Terbit Karikatur ‘Lawan’ Majalah Perancis Hina Nabi



Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi
Satu lagi karikatur dibawa akhbar Al-Watan.
Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi
Salah satu daripada 13 karikatur dibawa oleh akhbar Mesir, Al-Watan. – Foto ihsan BBC
KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu.
Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".
Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".
Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal  bulan ini.
Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.
Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu.
Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua halaman penuh.
Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa.
Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif dengan memuji idea tersebut.
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 September 2012

Mudah Tersasar Tanpa 'Antibodi' Islam


Pascamodenisme Bawa Pengaruh Anti-Tuhan Patut Ditangani Elak Ummah Sesat

   Umat Islam sedang melalui fasa agak kritikal iaitu mengalami perpecahan berterusan dan berdepan serangan terancang tamadun Barat untuk meruntuhkan terus perpaduan ummah.  Dalam cabaran globalisasi yang semakin hebat, umat Islam kini umpama sekumpulan biri-biri yang dikerumuni, diacah dan dikejar sekawan serigala yang menunggu masa untuk membaham. 

Cukup wadah ahli Sunnah Waljamaah untuk umat Islam pegang dan ia akan dapat meningkatkan perpaduan serta menyatukan kita”. - Zakaria Stapa, Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Lihatlah berapa banyak negara Islam khasnya di Asia Barat yang musnah akibat agenda Barat menerusi tindakan serangan fizikal dan pemikiran?

Strategi Barat Pecah-belah Umat Islam

   Strategi dan pendekatan diguna pakai Barat ialah dengan mewujudkan dan menyebarluaskan perselisihan dalaman dunia Islam serta menjadikan umat Islam berpuak-puak hanya kerana perbezaan idea dan pemikiran.

   Segala perancangan ini adalah muslihat Barat bagi menyekat Islam berkembang selain melumpuhkan potensi ummah untuk maju bagi memastikan dominasi mereka dalam bidang ekonomi, politik dan sosial berkekalan. Justeru, bagi menangani indoktrinasi Barat terhadap saki-baki dunia Islam yang masih mampu berdiri dengan kekuatan sedikit seperti negara di rantau Asia Tenggara, umat Islam perlu mengelak daripada terperangkap.

   Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, berkata umat Islam perlu bersatu di bawah satu kesatuan sebenar iaitu ahli Sunnah Waljamaah, menilai fahaman pascamodenisme yang mencabar kelangsungan mazhab ahli Sunnah dan menganalisis ciri pascamodenisme yang berpotensi meruntuhkan benteng serta sendi ahli Sunnah Waljamaah.

   Beliau mengingatkan, kefahaman dan kepatuhan ummah terhadap mazhab ini boleh menjadi senjata ampuh bagi memerangi pelbagai anasir yang cuba menghancurkan kelangsungan serta jati diri ummah.

   Zakaria menjelaskan, umat Islam perlu sedar pascamodenisme sedang bergerak aktif menyelinap masuk ke dalam segenap bidang kehidupan dan menguasai denyut nadi perjalanan kehidupan manusia kontemporari yang mana media, politik, budaya dan agama adalah saluran utama penyebarannya. Ia bermakna, semua set nilai dan gaya hidup yang mendefinisikan pascamodenisme menjadi pegangan dan penghayatan manusia semasa, khasnya di Barat.

Sebar Fahaman Sekularisme

Namun, dalam konteks pascamodenisme, Barat menggunakan fahaman sekularisme yang membuat serangan hebat ke atas semua bentuk keyakinan yang mengatakan terdapat suatu kebenaran mutlak, sama ada kebenaran itu diasaskan wahyu Ilahi atau akal manusia.

“Perlu dijelaskan, oleh kerana fahaman dan pemikiran pascamodenisme ini adalah lanjutan atau fasa baru fahaman sekularisme Barat, maka ia akan bersifat anti-agama dan anti-Tuhan.

Fahaman sekularisme tajaan Barat moden sudah berjaya mensekularisasikan seluruh dunia termasuk dunia Islam. Proses sekularisasi ini tidak lain hanya proses pembebasan manusia daripada kongkongan agama dan kawalan metafizik,” katanya.

Pelbagai bentuk salah laku akhlak yang membimbangkan di Malaysia pada hari ini seperti penagihan dan pengedaran dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan dan pembunuhan bayi, gejala lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), rogol, pecah amanah, rasuah, bunuh dan pelbagai jenayah adalah gambaran proses sekularisasi yang melanda umat Islam.

Zakaria berkata, kumpulan Muslim yang sudah tersasar dan kehilangan ‘antibodi’ keislaman ini akan mudah menjadi mangsa atau alat kepada fahaman pascamodenisme dalam proses penyebarannya yang bertujuan melumpuhkan sendi akidah dan ajaran Islam.

“Fahaman sekularisme ini turut merangkumi fahaman Islam liberal yang mendukung pluralisme agama yang berpendirian semua agama adalah sama dan benar yang juga semakin berkembang di tengah kehidupan masyarakat Islam di Malaysia,” katanya.

Pegangan Sunnah Waljamaah diperkukuh

Justeru, bagi memastikan umat Islam berupaya menghadapi cabaran pascamodenisme, sekularisme dan globalisasi, pegangan terhadap ahli Sunnah Waljamaah yang sedia wujud sejak berzaman di rantau ini perlu diperkukuhkan.

“Tidak perlu kepada akidah lain untuk dipegang, cukup wadah ahli Sunnah Waljamaah untuk umat Islam pegang dan ia akan dapat meningkatkan perpaduan serta menyatukan kita, sekali gus menjadi benteng untuk mengharungi segala cabaran masa kini,” katanya.
 Anwar Patho Rohman